Permulaan Semula penulisan Blog......

klu setiap kali macam ni jenuh ler.....nak kena buat blog setiap kali terlupa my pasword.....aduhhhhh!!!!!!

Thursday, December 30, 2010

MAJLIS KENDURI MY FRIEND DI KEDAH......

Masa ni adalah hari yang terbahagia buat kawan aku SAFWAN dan juga FIZAH......ini lah saat-saat bahagia mereka....aku berkawan dengan mereka dari kecil lagi.....sekarang semua dah besar dan dah pun berumah tangga....aku mendoakan kebahagian kengkawan aku......AMIN.....ini adalah diantara gambar yang di ambil.....


yang di bawah ni di ambil masa kenduri sebelah perempuan SAFWAN & IFRINI



Yang di bawah ni plak masa di TMN Kodiang....





Yang ni pulak masa di Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis......


Apa-apa pun aku mendoakan agar mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat.....moga dapat anak yang comel.....gambar di atas ni ada jugak kenangan dengan kengkawan SMKTB yang masa SPM dulu.....huhuhu......

Wednesday, December 29, 2010

Gubahan Hantaran yg saja2x buat....hehehe.....

Sirih Junjung buatan tanganku sendiri....

guabahan hantaran buahan......simple...

hiasan kotak untuk KEK hantaran.......simple as usual....

hiasan untuk hantaran coklat@gula-gula.......
INI adalah gambar hantaran yang aku dah buat.....saja2x buat tapi ala kadar je la....hehehe...selalu tolong je sesiapa yg nak ditolong untuk buat hantaran...dulu masa kenduri mak su pun aku yg tolong buatkan......tapi klu sape2x yg nak tolong aku gubahkan dan upah untuk buat gubahan boleh jer....just bgtau kat dalam blog ni....TQ.....

Monday, December 13, 2010

DUGAAN HIDUP

kenapalah pelbagai dugaan hidup menimpa aku sekarang ni…..pelbagai dugaan dan cabaran yang ak kena tempuhi….ya Allah, adakan ini satu ujian untuk diri hambamu ini…..ak dah sakit kepala memikirkan macam mana ak harus mengharungi dugaan yang engkau berikan Ya Allah…..bagaimana lagi harus ak perlu harungi semua itu……ak hanya memohon Ya Allah berikanlah ak kekuatan, semangat dan permudahkanlah segala bg hambamu ini dan senangkanlah juga untuk hambamu ini di dalam kehidupan sehariannya….ak dah x mampu untuk mengharungi semua…..aturan hidupku yang aku rencana sudah bercelaru….apa yang harus ak lakukan….berikan lah petunjuk, Ya Allah..….Amin……

Hati Terluka…….dengan sikap manusia…..

Tak kusangka rupanya, ada juga yang akan menyakitkan hati yang sememangnya telah sakit…huhuhu….entahlah pelbagai sifat manusia yang boleh menyakitkan hati manusia yang len, tapi kenapa jadi sebegitu rupa…..pun x faham….kenapa manusia perlu menyakiti antara satu sama lain….ak dah malas nak melayan kerenah manusia yang sebegitu, sebab itu aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri…huhuh…seperti ade pepatah mengatakan “Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji”…..jadi kenapa masih ada lagi yang ingin berbuat di sebaliknya…..ak sendiri x faham, tapi kekadang bila terlampau baik, ade jugak yang akan memijak kepala…..ish3x….ape la nak jadi dengan manusia ni ek…..hurmmm….Pape pun ak dah tak nak masuk campur urusan korang lagi….pandai-pandai la, ek…..tapi pape pun minta maaf kepada yang berkenaan, jangan risau lepas ni aku akan mendiamkan diri….dan ini tak bermakna klu ak berdiam tu ak mengalah, tapi di sebaliknya ak ingin menjadi seorang yang berfikiran matang, buat pe nak bergaduh dengan hal-hal yang remeh….oleh itu aku akn berdiam, dan ingin kulihat sejauh mana ko akan bertindak…yang pasti aku akan melihat dan merenung perbuatan ko dari jauh, dan aku takkan mencampuri hal ko, jadi selamat meneruskan perbuatan ko tu……cukup tiba suatu hari ak x kan membalas apa-apa,cuma aku akan memberi hanya satu senyuman buat ko…itu sudah cukup memadai. buat ko….=)

mengapa perlu mencari cinta?........

Mengapa perlu mencari cinta?
Sedangkan ia ada di sekeliling kita
Cuma kita yang tidak mengenali dan menyedari kehadirannya
Kerana mata membutakan kita..
Cinta tak perlu dicari....
Kerana ia akan datang dengan sendirinya
Hanya kita perlu pandai menilai, dan mengenalinya sendiri
Supaya cinta itu tadi bukanlah palsu dan pura-pura
Cinta….
Apakah makna cinta
Sayang, kasih, semua itu apa maksudnya
Jujur , setia pula bagaimana..
Dapatkah sebuah cinta memberi semua itu
Dan pengertiannya pula sebegitu rupa
Adakah semua itu dapat diterima
Perlukah cinta itu pada kita
Adakah ia membawa kebahagian,kegembiraan
Atau kedukaan dan kesedihan
Tanya pada diri sendiri
Nilai dan teliti apa itu cinta sebenarnya
Agar mendapat jawapan apa yang di cari
Maka dapat jawapannya nanti….

Saturday, December 4, 2010

Permulaan yanng baru

salam semua....ni bermula semula permulaan yang baru...susah betul kalu otak sendiri x boleh nak ingat pasword sendiri.....insyallah lepas ni pasti  kan lupa lagi...hehehe....ok, la saya nak edit masuk apa yang patut dalam ruangan blog saya ni....nnt say akan cuba update selalu...tapi saya jarang on9....hurmmm insyallah ada masa saya akan cari peluang untuk update blog saya ni....jadi selamat la meninjau blog saya yang x seberapa ni......have a good look....hehehe....=)